BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 2, 2010

PETIKAN

Peribahasa yang dicipta oleh orang dahulu jelas menunjukkan kelebihan mereka dari segi ketajaman pemerhatian terhadap fenomena yang berlaku dalam persekitaran masyarakat dan kehidupan. Kebolehan mereka mencipta berbagai-bagai jenis peribahasa merupakan penerbitan kata-kata bijak dengan berdasarkan pandangan dan pengalaman hidup. Keupayaan memilih dan menyusun kata-kata secara berkesan untuk menyampaikan maksud seperti petua, pengajaran, nasihat, gambaran dan ibarat secara tepat, sedap didengar dan halus sebutannya adalah sejajar dengan tuntutan aspirasi budaya masyarakat.

(Adenan Ayob, Majalah Wadah DBP Sabah, Jilid 21, Bil. 3, September 2006)


Pengajaran berasaskan laman web merupakan salah satu daripada agenda utama dalam sistem pendidikan sekarang, malah dianggap sangat berguna dan sesuai untuk mendokong aspirasi sekolah bestari, selain memenuhi aspek persiapannya oleh pihak kerajaan; menyediakan ruang penempatan perkakasan teknologi maklumat, menerapkan kaedah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, termasuk mewujudkan persekitaran yang cenderung kepada aplikasi ilmu. Pihak kerajaan turut menggesa para guru supaya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat, di samping mempelbagaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dengan mengkaji kesesuaiannya dari segi penyerapan ilmu. Pengetahuan haruslah memperincikan tahap pelajar.

(Adenan Ayob, Majalah Wadah DBP Sabah, Jilid 21, Bil. 4, September 2006)

0 comments: